Arkib bagi Kategori ‘Pencinta Haiwan’

h1

KeNiT

Julai 15, 2009


Create Fake Magazine Covers with your own picture at MagMyPic.com

Aksi tidur gaya menari

Demam sampai kena tuam dengan air sejuk lepas kena vaksin

Untuk yang tinggal di Utara atau sekitar Pulau pinang, kalau nak dapatkan khidmat kesihatan untuk kucing dan haiwan kesayangan, sila ke:

Klinik Haiwan Hazlim.

6, Lorong Tenggiri 28, Bandar Seberang jaya, Seberang Jaya, Pulau Pinang.

Tel: 04-3981949

 

h1

BiLa YaNg TerSaYaNg MeNiNggaLkaN KiTa…

Julai 5, 2009

Salam semua!

Benda ni dah agak lama berlaku…lebih kurang dua bulan lepas. Tetapi memandangkan aku dah lama tak update blog aku ni…terlewatlah sikit. Walaubagaimanapun, aku tetap ingin berkongsi dengan pembaca semua tentang sesuatu yang aku pendam selama ini.

Sekarang ni, aku dah tak punya guinea pig lagi. Tinggal kura-kura, ikan dan kucing. Tentunya kucinglah yang paling memerlukan penjagaan lebih berbanding yang lain. Walaupun aku dan familiar dengan kucing sejak sebelum tadika, tapi cuma tahu bagi makan dan main saja. Aku tak pernah tahu yang kucing pun ada risiko untuk kena penyakit kronik. Sampailah satu hari, Kenit, kucing kacukan Parsi-Siam yang aku ambil daripada abang aku (asalnya kucing Parsi abang aku yang bawa balik kucing ni untuk dijadikan girlfriend) terpaksa dibedah!

Kenit macam kucing lain; manja, aktif, nakal. Sampailah satu ketika yang aku perasan ada cecair putih kekuningan keluar melalui ‘tut’ dia. Mula-mula aku ingat itu tanda dia akil baligh. Sehinggalah satu hari, darah pula yang keluar. Esok tu jugalah aku dan abang aku bawa Kenit ke sebuah klinik haiwan di Seberang Jaya, Klinik Haiwan Hazlim dan doktor yang merawat Kenit, Dr. Nor Satinati Suffian mengesahkan yang rahim Kenit bernanah dan perlu segera dibedah. Terkejut beruk aku masa tu! Tak pernah dalam sejarah hidup aku kucing aku kena bedah! Walaupun 50-50, aku tetap bagi harapan yang Kenit akan selamat. Alhamdulillah, Kenit selamat dibedah dan dia sekarang bertambah sihat dan nakal tanpa ovari dan tiub falopio. Aku ada gambar Kenit punya benda alah yang dibuang tu. Tapi aku sendiri tak sanggup nak tatap lama-lama, apatah lagi nak upload di sini. Ngeri!

 Habis tu, siapa pula yang pergi?

 

Okay…sehari sebelum Kenit masuk wad, iaitu pada 4 April 2009, aku beli seekor kucing Parsi untuk dijadikan kawan Kenit. Aku bagi nama dia Casper. Malangnya, sebulan saja Casper sempat hidup dengan aku. Pada 5 Mei 2009, Casper meninggalkan aku buat selama-lamanya selepas dua hari ditahan di wad akibat keracunan.

Yang aku hairan, kat rumah aku memang tak ada racun, sama ada racun tikus atau apa-apa racun pun. Tapi aku syak, ada pengkhianat yang bagi ubat manusia kat Casper sebab Casper memang ada masalah kurang selera makan dan selalu kena suap.

Kenapa aku syak macam tu?

Memang ada seseorang kat rumah yang pendek akal selalu bagi ubat manusia kat kucing-kucing aku yang terdahulu (semestinya kucing-kucing tu semua dah mati). Aku pun tak tahu kenapa manusia tu bangang sangat, dah berkali-kali aku tak benarkan dia buat macam tu tapi still jadi juga! Susah bercakap dengan orang bodoh sombong ni, apatah lagi orang yang pernah berkhidmat dengan Kementerian Kesihatan. Masalahnya, manusia dengan haiwan lain! Mana haiwan boleh makan ubat manusia yang dosnya memang kuat! Kalau sama, apasal manusia tak makan saja ubat binatang?! Bodoh! Bangal!

Sampai sekarang aku masih tak boleh lupakan Casper. Apatah lagi dia manja dan pandai. Hanya gambar-gambar dan rantai dia saja yang aku ada. Sedih sangat…

 

h1

aKu SedaNg beRkaBuNg SekaRaNg

Disember 17, 2008

Salam Semua!

Huhuhu! :(
Tak kusangka, Oreo juga mengikut jejak Hamlet pada hari Selasa, 9 Disember 2008. Sebelum tu, iaitu pada 8 Disember bersamaan Hari Raya Aidil Adha, kami sekeluarga dikejutkan dengan berita yang disampaikan jiran sebelah, bahawasanya, salah seekor anak kucingku telah dimakan biawak! jhj%hjhgvgg#la%gh*hhjh#@!!!

Aku tengah sedih sekarang…

h1

aKu diTiNgGaLkaN LaGi…

November 30, 2008

Salam semua!

28 November lalu bersamaan hari Jumaat, Hamlet dah meninggalkan aku. Sedih sangat. Mana tidaknya, petang Khamis tu elok lagi, siap manja minta dibelai-belai. Tiba-tiba malam tu aku tengok dia jalan senget sebelah. Aku pun peliklah. Rupa-rupanya ada serangga masuk dalam telinga dia. Jahanam punya serangga! Dahlah guinea pig memang sensitif part telinga ni. Air pun tak boleh kena kat situ. Aku pun cubalah apa yang termampu untuk keluarkan serangga tu. Tapi tak boleh.

 

Pagi Jumaat tu aku tengok dia dah okay. Aku pun seronoklah, tapi still dalam keadaan berjaga-jaga. Aku peluk dia sepanjang masa, sampailah dia dah mula tarik-tarik dan…akhirnya dia pergi juga. Paling aku tak tahan bila ada darah keluar dari hidung dia. Aku sedih sangat…tak tahulah nak cakap macam mana.

Minggu sebelum tu, Jumaat juga bersamaan 21 November, Tamteh dah tinggalkan aku. Tamteh ni kucing yang aku jumpa belakang supermarket kat rumah aku yang aku bawa balik awal tahun hari tu. Dia memang ada penyakit lelah. Pelik kan? Tapi itulah realitinya.

So kalau you all nak tahu, aku sedang berkabung sekarang ni. Lagu kat bawah ni aku dedicate khas buat Hamlet, Tamteh, Muffin, Hercules, Hamtaro, Kenik, Comey, Kuning, Lembu, Kalermaler, Zorro, Orenchik, Ketot, Che Mei, Tulang, Oren, Tam, Teh, Boroi, Tasha, Bulat, Comot, Mok, Tora, Tori, Jemuan, Jibeng, Comel, Legam, Kelabu, Pussy & lain-lain yang aku sendiri dah lupa nama.

 

Yang aku tak sampai hati bila tengok Oreo sunyi. Oreo ni aku baru ja beli 2 minggu lepas nak bagi kawan dengan Hamlet. Tapi rupa-rupanya Hamlet dah pergi dulu. Sekarang ni, Oreo berkawan dengan ikan sajalah.

h1

uDaNg pUn adA PeRaSaaN…?

November 14, 2008

Keh…Keh…Keh…!!! :D

h1

SyaWaL YaNg TeRpiLu

Oktober 24, 2008

Salam semua!

Pagi 1 Syawal lalu aku kehilangan seekor lagi arkus, Muffin yang masih baby setelah kehilangan Hamtaro (ibu Muffin) pada 10 Mac dan Hercules pada 5 September bersamaan 5 Ramadhan.

 

Muffin & rabbit kesayangan dia.

Semalam pula, anak kucing yang aku ambil setelah dibuang oleh manusia keparat mana entah sejak 3 bulan lalu, meninggalkan kami semua. Menurut kata pegawai di Jabatan Haiwan Parit Buntar, Perak, Kenik (nama arwah anak kucing tu) dipercayai dijangkiti virus. Satu demi satu haiwan kesayangan aku diambil kembali oleh Penciptanya. Sedih… :(

Tapi nasib baik kura-kura aku masih sihat walafiat. Hamnlet pula semakin hari semakin manja. Maklumlah, sebatang kara. Kepada sesiapa yang punya haiwan kesayangan yang masih hidup, sayangilah dan hargailah mereka selagi mereka masih ada di dunia.

h1

SeLaMat TiNggaL SaYang

September 6, 2008

Salam semua!

Semalam, tanggal 5 Ramadhan merupakan hari yang paling sedih dalam hidup aku (buat masa ini). Hercules, arkus peliharaan aku telah meninggalkan aku, Hamlet dan Muffin selama-lamanya.

Sebelum ini, arwah tidak menunjukkan tanda-tanda sakit, tetapi baru semalam kesihatannya begitu kritikal. Arwah tidak mampu bergerak lagi, apatah lagi untuk makan, minum, atau melompat-lompat seperti selalu. Di saat aku ingin menyuap makanan ke mulut arwah, aku nampak yang hidung arwah telah bertukar menjadi warna ungu. Ya Allah! Baru aku sedar yang hayat arwah tinggal tidak lama lagi.

Tepat 10 malam, arwah menghembuskan nafasnya yang terakhir di depan mata kami semua. Buat arwah yang sedang berbahagia di sana, mama terlalu sayangkan Hercules. Kami semua juga sentiasa merindui Hercules. 

Cerita kartun Wonderpets yang ke udara di TV9 tidak mungkin lagi akan aku tonton. Watak arkus di dalam cerita itu memang sebiji macam arwah Hercules. Sebelum ini aku kehilangan Hamtaro, kini Hercules pula. Air mataku sudah kering untuk menangis lagi.

Selamat tinggal…Wonderpetku… You are always be my hero

Read the rest of this entry ?

h1

PeNyaNgak HaMpir MaTi LeMas

Jun 17, 2008

Salam semua!

Agak-agak, apa bendanya ni?

Masa tu aku baru saja habis mandi dan bila aku masuk dalam bilik, aku dengar bunyi kocakan air yang agak kuat. Aku yang terkejut pun terkocoh-kocoh tengok apa bendanya. Rupa-rupanya ada seekor cicak sedang berenang-renang gaya kuak kupu-kupu dalam akuarium aku!

Read the rest of this entry ?

h1

‘Benda’ iTu PuN Naik HaRga?

Jun 17, 2008

Salam semua!

Ya Rabbi! Bengangnya aku semalam! Aku pergi kedai binatang nak beli habuk kayu buat arkus-arkus aku tidur dan ’membuang’. Boleh pula benda tu naik harga juga! Alasan si tuan punya kedai, minyak naik harga. Aku ingatkan harga makanan saja yang naik, rupa-rupanya barang-barang untuk arkus dan binatang-binatang lain pun naik. Tak tahulah nak cakap apa lagi.

Kepada pihak yang bertanggungjawab, ini ada poster untuk anda…

h1

KuRa-kuRa DaLam BeSeN

Jun 14, 2008

Salam semua!

Memandangkan aku agak sibuk sikit, jadi aku cuma nak masukkan entri yang merapu saja. Kali ni aku nak perkenalkan kura-kura aku. Yang jantan tu namanya Troy Bolton dan pasangannya Gabriella Montez. Tapi aku panggil Troy dan Gabby saja.

Macam pernah dengar nama-nama tu? Yalah, masa tu aku gila tengok High School Musical. Masa tu jugalah ada mamat Indon datang jual kura-kura tu kat kampus. Aku pula terpikat tengok kecomelan kura-kura ni, sebab tu aku beli untuk menambahkan koleksi haiwan di rumah.

Masa duduk di hostel dulu ramailah juga budak-budak foreigner kutuk aku bela binatang ni. Aku peduli apa? Bukan duit emak bapa dia orang pun!

Read the rest of this entry ?