Arkib bagi Kategori ‘Nukilan’

h1

iGaUaN SeMaLaM – NoVeL BaHaRu UnTuK ReMaJa deWaSa

Julai 18, 2009

Salam…
Dapatkan novel thriller yang aku tulis sendiri yang kini berada di pasaran. Boleh didapati di MPH, Popular & kedai buku berhampiran anda. Boleh juga dibeli secara online di

http://www.mph.com.my

Tajuk: Igauan Semalam
Penulis: Hani El Zahra
Genre: Malay fiction – thriller
Harga: RM17 ( Sabah & Sarawak – RM20)
Penerbit: KarnaDya Solutions Sdn Bhd

Sinopsis:

Pertama kali menjejakkan kaki ke tanah tumpah darah ibunya, Dania Nakeisha Nelson tidak pernah menyangka akan kehidupan yang bakal dilalui di negara yang begitu asing baginya.

Sebagai seorang gadis, Dania juga mempunyai keinginan untuk mengharungi hari-hari zaman remajanya seperti mana remaja-remaja lain. Malangnya, paras rupa yang berbeza daripada gadis-gadis tempatan mengundang rasa tidak senang di kalangan mereka. Akibatnya, Dania terpinggir keseorangan tanpa teman.

Sehinggalah pada suatu hari, kemunculan seorang gadis yang menawarkan diri untuk mendampingi Dania sebagai teman sejati mengubah kehidupan Dania yang ketika itu berada di ambang kesepian. Anehnya, tiada siapa mengenali mahupun pernah melihat gadis yang dikenali sebagai Mulan itu. Hanya Dania seorang yang boleh berkomunikasi dan bersahabat dengan Mulan.

Sejak mendampingi Mulan, pelbagai peristiwa pelik lagi membingungkan mula menghantui Dania, lalu menambahkan lagi gelisah dan gusar di hati ibunya, Marina.

Marina dapat merasakan perubahan sikap Dania yang semakin hari semakin membimbangkan. Sebagai seorang ibu, dia tidak sanggup tragedi yang pernah berlaku suatu masa dahulu berulang kembali. Perkahwinan dengan Mahmud merupakan satu jalan singkat lagi drastik pilihan Marina untuk melupakan sejarah hitam sekali gus melindungi Dania daripada terus dihantui.

Kehadiran Fahri, jejaka yang menambat hati menambahkan lagi perisa di dalam hidup Dania. Walaupun kedua-duanya malu dan lidah masih kelu untuk berbicara soal hati, tetapi bahasa diam seolah-olah memberitahu bahawa mereka berkongsi satu rasa yang sama. Kiriman surat-surat berpuisi tanpa nama menguatkan lagi firasat Dania tentang perasaan Fahri terhadapnya.

Sebaliknya, tidak semudah itu kasih mereka bertaut. Syafinaz muncul membuat angkara. Adilah pula tidak pernah putus asa menuntut janji yang pernah ditabur. Anak di dalam kandungan Adilah menambahkan lagi ketebalan benteng pemisah di antara Fahri dan Dania. Fahri yang sudah tersepit dan terdesak itu mula hilang pertimbangan, lalu hasutan syaitan dijadikan pedoman.

Kematian misteri seorang demi seorang kenalan Dania menambahkan lagi keserabutan yang sedia ada. Antara cinta dan dendam bersulamkan sejarah silam; mampukah Dania dan Marina menghadapi semuanya?

Siapakah sebenarnya Mulan? Apakah sebenarnya tragedi yang dimaksudkan? Adakah sejarah silam yang tersimpan rapi di dalam kotak hati seorang ibu akan terbongkar juga akhirnya? Atau, mungkinkah ia akan terus menjadi igauan ngeri dan menyayat hati sepanjang hayat mereka berdua?

h1

The ReTuRn of…

Julai 1, 2009

Salam. Hai semua! Mesti selama ni tertanya-tanya kan, kenapa lama sangat aku tak post apa-apa kat blog aku ni. Entah hidup lagi ke tidak penulis blog ni. Sebenarnya aku masih hidup…Alhamdulillah. Cuma dah lama aku tak berenang ke dunia blogging ni. Bukannya sebab kering idea ataupun aku dah tak punya apa-apa cerita. Banyak sangat sampai aku sendiri pun dah lupa.

Sebenarnya, sejak Januari tahun 2009 ni, aku ditawarkan menjadi Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT) di sebuah sekolah menengah. Hendak dijadikan cerita, aku menjadi cikgu di sekolah tempat aku pernah menuntut ilmu semasa di tingkatan empat dan lima dulu. Dekat sangatlah dengan rumah aku dan aku memang familiar lah dengan sekolah tu. Tapi yang janggal sikit, bila guru-guru yang pernah mengajar aku dulu (yang masih tinggal dalam lima enam orang, yang lain cikgu-cikgu baru) kini menjadi rakan sejawat. Huh, pelik rasanya tahu tak?! Tapi lama-lama lepas tu dah okay.

Apa kena mengena jadi cikgu dengan tak lagi aktif blogging? Read the rest of this entry ?

h1

aKu SedaNg beRkaBuNg SekaRaNg

Disember 17, 2008

Salam Semua!

Huhuhu! :(
Tak kusangka, Oreo juga mengikut jejak Hamlet pada hari Selasa, 9 Disember 2008. Sebelum tu, iaitu pada 8 Disember bersamaan Hari Raya Aidil Adha, kami sekeluarga dikejutkan dengan berita yang disampaikan jiran sebelah, bahawasanya, salah seekor anak kucingku telah dimakan biawak! jhj%hjhgvgg#la%gh*hhjh#@!!!

Aku tengah sedih sekarang…

h1

aKu diTiNgGaLkaN LaGi…

November 30, 2008

Salam semua!

28 November lalu bersamaan hari Jumaat, Hamlet dah meninggalkan aku. Sedih sangat. Mana tidaknya, petang Khamis tu elok lagi, siap manja minta dibelai-belai. Tiba-tiba malam tu aku tengok dia jalan senget sebelah. Aku pun peliklah. Rupa-rupanya ada serangga masuk dalam telinga dia. Jahanam punya serangga! Dahlah guinea pig memang sensitif part telinga ni. Air pun tak boleh kena kat situ. Aku pun cubalah apa yang termampu untuk keluarkan serangga tu. Tapi tak boleh.

 

Pagi Jumaat tu aku tengok dia dah okay. Aku pun seronoklah, tapi still dalam keadaan berjaga-jaga. Aku peluk dia sepanjang masa, sampailah dia dah mula tarik-tarik dan…akhirnya dia pergi juga. Paling aku tak tahan bila ada darah keluar dari hidung dia. Aku sedih sangat…tak tahulah nak cakap macam mana.

Minggu sebelum tu, Jumaat juga bersamaan 21 November, Tamteh dah tinggalkan aku. Tamteh ni kucing yang aku jumpa belakang supermarket kat rumah aku yang aku bawa balik awal tahun hari tu. Dia memang ada penyakit lelah. Pelik kan? Tapi itulah realitinya.

So kalau you all nak tahu, aku sedang berkabung sekarang ni. Lagu kat bawah ni aku dedicate khas buat Hamlet, Tamteh, Muffin, Hercules, Hamtaro, Kenik, Comey, Kuning, Lembu, Kalermaler, Zorro, Orenchik, Ketot, Che Mei, Tulang, Oren, Tam, Teh, Boroi, Tasha, Bulat, Comot, Mok, Tora, Tori, Jemuan, Jibeng, Comel, Legam, Kelabu, Pussy & lain-lain yang aku sendiri dah lupa nama.

 

Yang aku tak sampai hati bila tengok Oreo sunyi. Oreo ni aku baru ja beli 2 minggu lepas nak bagi kawan dengan Hamlet. Tapi rupa-rupanya Hamlet dah pergi dulu. Sekarang ni, Oreo berkawan dengan ikan sajalah.

h1

iMeJ sYaiTaN di Dada MaTaHaRi

November 26, 2008

Salam semua!

Ini susulan kepada artikel pelangi mengelilingi matahari yang lepas. Di sini ada gambar lagi best yang diambil oleh seorang sahabat abang aku pada hari dan waktu yang sama. Perasan tak imej apa tu?

Kalau tengok betul-betul, seolah-olah wajah si syaitan dengan rambut api, mata, hidung dan mulut yang sedang tersengih macam kerang busuk. Agak-agak, apa maknanya imej syaitan ni muncul di tengah-tengah matahari yang dikelilingi pelangi tu ya? Wallahualam…

h1

uDaNg pUn adA PeRaSaaN…?

November 14, 2008

Keh…Keh…Keh…!!! :D

h1

A sPeCiaL SoNg fOr sPeCiaL SoMeOne…

Oktober 27, 2008

Persoalannya…untuk siapa?

Tak ada pun special someone tu. Entah kat mana-mana dia ada sekarang ni. Tak jumpa-jumpa lagi. Tapi kalau dah ada, nak sangat bagi lagu ni kat dia. Very cute and touching.

h1

SaTu LaGi TaNda KeBeSaRaN ALLAH…PeLaNgi MeNgeLiLiNgi MaTaHaRi

Oktober 26, 2008

Salam semua!

Tengah hari tadi aku terima mesej daripada abang aku…

“Pergi tengok matahari ramai-ramai. Ada keajaiban berlaku.”

Aku pun apa lagi, kalut dengan mak aku nak tengok apa yang dah berlaku. Dalam hati takut juga. Yalah, benda-benda macam ni kadang-kadang saja Tuhan nak tunjuk. Mula-mula tu tak nampak, sebabnya aku tengok straight kat matahari. Adoi! Mangkuk betul! Mana boleh tengok terus kat matahari!

Aku cuba lagi. Kali ni kat kawasan langit di sekitar yang berdekatan dengan matahari. Masa tu barulah aku nampak apa dia keajaiban yang abang aku maksudkan. Subhanallah!

Di keliling matahari tu sedikit gelap, dan di sekeliling kawasan yang sedikit gelap tu ada cahaya yang seakan-akan warna pelangi. Kalau pelangi biasa tak akan mengelilingi matahari macam tu. Tak tahulah apa dia. Nak kata gerhana, bukan. Tak pernah lagi aku tengok pelangi mengelilingi matahari macam ni. Read the rest of this entry ?

h1

SyaWaL YaNg TeRpiLu

Oktober 24, 2008

Salam semua!

Pagi 1 Syawal lalu aku kehilangan seekor lagi arkus, Muffin yang masih baby setelah kehilangan Hamtaro (ibu Muffin) pada 10 Mac dan Hercules pada 5 September bersamaan 5 Ramadhan.

 

Muffin & rabbit kesayangan dia.

Semalam pula, anak kucing yang aku ambil setelah dibuang oleh manusia keparat mana entah sejak 3 bulan lalu, meninggalkan kami semua. Menurut kata pegawai di Jabatan Haiwan Parit Buntar, Perak, Kenik (nama arwah anak kucing tu) dipercayai dijangkiti virus. Satu demi satu haiwan kesayangan aku diambil kembali oleh Penciptanya. Sedih… :(

Tapi nasib baik kura-kura aku masih sihat walafiat. Hamnlet pula semakin hari semakin manja. Maklumlah, sebatang kara. Kepada sesiapa yang punya haiwan kesayangan yang masih hidup, sayangilah dan hargailah mereka selagi mereka masih ada di dunia.

h1

KeNaPaLah KaU ZaLiM SaNgaT?

September 25, 2008

Kenapalah kau zalim sangat?

Aku penat bekerja tapi hal gaji aku kau tak tolong buat.

Yang kau tahu cuma menguap dan mengeliat.

Cukup time, kau pergi kantin sampai habis rehat.

 

Kenapalah kau zalim sangat?

Mata kau terjegil setiap kali nampak aku masuk pejabat.

Bila aku senyum kau buat muka kelat.

Apa, kau ingat kau lawa sangat?

 

Kenapalah kau zalim sangat?

Cikgu-cikgu lain semua dah dapat gaji hasil lelah penat.

Aku pun cikgu juga (walaupun cikgu ganti saja), tapi kenapa aku tak dapat?

Sebab apa lagi, sebab kerani-kerani dekat pejabat tu lah yang buat khianat!

 

Eeeeeiiiii…meluat!!!

Kenapalah kau zalim sangat?

Kau punya pasallah, raya ni aku macam tak cukup sifat.

Baju raya pun tak ada walaupun raya dah nak dekat.

Kasihan anak-anak murid aku, entah-entah duit raya pun tak dapat.

 

Kenapalah kau zalim sangat?

Cikgu-cikgu lain pun sebenarnya dah meluat.

Malas dah nak melayan perangai kerani-kerani sekolah yang ranggi tak kena tempat.

Apa kau ingat kau hebat sangat?

Kau ingat kau makan gaji buta, nanti kau lepas di akhirat?

Sendiri mau ingat….!

  Read the rest of this entry ?