Arkib bagi Kategori ‘Muhasabah’

h1

aKu SedaNg beRkaBuNg SekaRaNg

Disember 17, 2008

Salam Semua!

Huhuhu! :(
Tak kusangka, Oreo juga mengikut jejak Hamlet pada hari Selasa, 9 Disember 2008. Sebelum tu, iaitu pada 8 Disember bersamaan Hari Raya Aidil Adha, kami sekeluarga dikejutkan dengan berita yang disampaikan jiran sebelah, bahawasanya, salah seekor anak kucingku telah dimakan biawak! jhj%hjhgvgg#la%gh*hhjh#@!!!

Aku tengah sedih sekarang…

h1

iMeJ sYaiTaN di Dada MaTaHaRi

November 26, 2008

Salam semua!

Ini susulan kepada artikel pelangi mengelilingi matahari yang lepas. Di sini ada gambar lagi best yang diambil oleh seorang sahabat abang aku pada hari dan waktu yang sama. Perasan tak imej apa tu?

Kalau tengok betul-betul, seolah-olah wajah si syaitan dengan rambut api, mata, hidung dan mulut yang sedang tersengih macam kerang busuk. Agak-agak, apa maknanya imej syaitan ni muncul di tengah-tengah matahari yang dikelilingi pelangi tu ya? Wallahualam…

h1

SaTu LaGi TaNda KeBeSaRaN ALLAH…PeLaNgi MeNgeLiLiNgi MaTaHaRi

Oktober 26, 2008

Salam semua!

Tengah hari tadi aku terima mesej daripada abang aku…

“Pergi tengok matahari ramai-ramai. Ada keajaiban berlaku.”

Aku pun apa lagi, kalut dengan mak aku nak tengok apa yang dah berlaku. Dalam hati takut juga. Yalah, benda-benda macam ni kadang-kadang saja Tuhan nak tunjuk. Mula-mula tu tak nampak, sebabnya aku tengok straight kat matahari. Adoi! Mangkuk betul! Mana boleh tengok terus kat matahari!

Aku cuba lagi. Kali ni kat kawasan langit di sekitar yang berdekatan dengan matahari. Masa tu barulah aku nampak apa dia keajaiban yang abang aku maksudkan. Subhanallah!

Di keliling matahari tu sedikit gelap, dan di sekeliling kawasan yang sedikit gelap tu ada cahaya yang seakan-akan warna pelangi. Kalau pelangi biasa tak akan mengelilingi matahari macam tu. Tak tahulah apa dia. Nak kata gerhana, bukan. Tak pernah lagi aku tengok pelangi mengelilingi matahari macam ni. Read the rest of this entry ?

h1

“Tempahkan bilikku di neraka!”

September 7, 2008

Salam semua!

Aku baru sahaja menerima email daripada seorang sahabat tentang sebuah kisah, dan aku rasa elok kisah ini kita kongsi bersama sebagai teladan. Renung-renungkanlah…

Pada suatu hari, seorang gadis yang terpengaruh dengan cara hidup Barat telah menaiki sebuah bas mini untuk menuju ke destinasi di wilayah Iskandariah. Walaupun tinggal di bumi Islam, pakaian gadis itu amat menjolok mata; begitu nipis sehingga hampir terlihat segala apa yang patut disembunyikan oleh seorang perempuan daripada pandangan lelaki ajnabi atau mahramnya.

Di dalam bas itu, ada seorang lelaki tua yang sudah beruban menegur gadis muda jelita itu, “Wahai pemudi, alangkah baiknya kalau kamu berpakaian yang baik, yang sesuai dengan adat ketimuran dan agama Islam kamu, dan itu adalah lebih baik daripada kamu berpakaian begini dan pastinya menjadi mangsa pandangan liar kaum lelaki.”

“Siapa kamu wahai orang tua?” tanya gadis itu kembali. “Apakah di tangan kamu ada kunci syurga? Atau kamu memiliki kuasa yang boleh menentukan aku bakal berada di syurga atau neraka?”

Setelah menghamburkan kata-kata yang menghiris perasaan orang tua itu, si gadis tertawa, mengejek panjang. Tidak cukup dengan itu, dia lantas cuba memberikan telefon bimbitnya kepada orang tua tadi sambil melafazkan kata-kata yang lebih dasyat, “Ambil ini dan hubungilah Allah serta tolong tempahkan sebuah bilik di neraka jahanam untukku.” Read the rest of this entry ?