Arkib bagi Kategori ‘Merapu’

h1

The ReTuRn of…

Julai 1, 2009

Salam. Hai semua! Mesti selama ni tertanya-tanya kan, kenapa lama sangat aku tak post apa-apa kat blog aku ni. Entah hidup lagi ke tidak penulis blog ni. Sebenarnya aku masih hidup…Alhamdulillah. Cuma dah lama aku tak berenang ke dunia blogging ni. Bukannya sebab kering idea ataupun aku dah tak punya apa-apa cerita. Banyak sangat sampai aku sendiri pun dah lupa.

Sebenarnya, sejak Januari tahun 2009 ni, aku ditawarkan menjadi Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT) di sebuah sekolah menengah. Hendak dijadikan cerita, aku menjadi cikgu di sekolah tempat aku pernah menuntut ilmu semasa di tingkatan empat dan lima dulu. Dekat sangatlah dengan rumah aku dan aku memang familiar lah dengan sekolah tu. Tapi yang janggal sikit, bila guru-guru yang pernah mengajar aku dulu (yang masih tinggal dalam lima enam orang, yang lain cikgu-cikgu baru) kini menjadi rakan sejawat. Huh, pelik rasanya tahu tak?! Tapi lama-lama lepas tu dah okay.

Apa kena mengena jadi cikgu dengan tak lagi aktif blogging? Read the rest of this entry ?

h1

uDaNg pUn adA PeRaSaaN…?

November 14, 2008

Keh…Keh…Keh…!!! :D

h1

A sPeCiaL SoNg fOr sPeCiaL SoMeOne…

Oktober 27, 2008

Persoalannya…untuk siapa?

Tak ada pun special someone tu. Entah kat mana-mana dia ada sekarang ni. Tak jumpa-jumpa lagi. Tapi kalau dah ada, nak sangat bagi lagu ni kat dia. Very cute and touching.

h1

avRiL LaViGNe VeRsi tHe SiMs

Oktober 24, 2008

Salam semua!

Memandangkan aku agak sibuk dengan kerja-kerja menyemak kertas ujian budak-budak sekolah tu, aku kekurangan ruang dan kesempatan nak update blog ni sangat. Lagipun aku jarang-jarang dapat wireless. Wireless kat sekolah tu pula dengki apa entah dengan laptop aku…meluat! Apa pun tak boleh bukak walaupun network ada. So, untuk tidak menghampakan, aku letak video klip ni untuk tatapan anda. Enjoy!

h1

Avril Lavigne? Wow! (^_^)

Oktober 8, 2008

Salam semua!

Minat Avril Lavigne tak? Kalau minat lagu dia, atau minat tuan punya badan, atau pun tak minat langsung tapi suka cara dia make up, video ni memang mantap dalam membocorkan rahsia solekan Puan Avril tu. Bila dah tengok tu, cubalah sendiri!

p/s —> Kalau maskara pink tu nampak pelik, pakai sajalah maskara warna hitam.

h1

KeNaPaLah KaU ZaLiM SaNgaT?

September 25, 2008

Kenapalah kau zalim sangat?

Aku penat bekerja tapi hal gaji aku kau tak tolong buat.

Yang kau tahu cuma menguap dan mengeliat.

Cukup time, kau pergi kantin sampai habis rehat.

 

Kenapalah kau zalim sangat?

Mata kau terjegil setiap kali nampak aku masuk pejabat.

Bila aku senyum kau buat muka kelat.

Apa, kau ingat kau lawa sangat?

 

Kenapalah kau zalim sangat?

Cikgu-cikgu lain semua dah dapat gaji hasil lelah penat.

Aku pun cikgu juga (walaupun cikgu ganti saja), tapi kenapa aku tak dapat?

Sebab apa lagi, sebab kerani-kerani dekat pejabat tu lah yang buat khianat!

 

Eeeeeiiiii…meluat!!!

Kenapalah kau zalim sangat?

Kau punya pasallah, raya ni aku macam tak cukup sifat.

Baju raya pun tak ada walaupun raya dah nak dekat.

Kasihan anak-anak murid aku, entah-entah duit raya pun tak dapat.

 

Kenapalah kau zalim sangat?

Cikgu-cikgu lain pun sebenarnya dah meluat.

Malas dah nak melayan perangai kerani-kerani sekolah yang ranggi tak kena tempat.

Apa kau ingat kau hebat sangat?

Kau ingat kau makan gaji buta, nanti kau lepas di akhirat?

Sendiri mau ingat….!

  Read the rest of this entry ?

h1

The SiMs 2 : EdiSi iSTiMeWa aiDiLFiTRi

September 19, 2008

 

 Bila aku tengok video ni, rasa macam nak main game The Sims balik. Dah lama aku tak main game tu. Memang ralit jugalah kalau main. Apa-apa pun, kredit untuk Ariffrazalin (aku pun tak kenal tapi teringin nak kenal) di atas video yang best ni. :D

h1

CeRtOt 40 #2

September 17, 2008

“Aku tak makan durian!” Katanya, angkuh. Aku angguk, bawa lari durian ke belakang. Bekal dari kampung yang dia bawa semalam ada atas kabinet. Aku periksa, lalu terjumpa tupperware dan sekeping nota. ‘Ini tempoyak kesukaan abang. Mak bagi, takut abang kempunan’.

h1

MaTa BeRaSaP?

September 17, 2008

Salam semua!

Dari mata turun ke hati…betul ka? Apa-apa pun, make up mata cara smokey eye ni memang cun! Kalau sesiapa yang matanya agak kecil, make up cara ni memang membantu membundarkan mata anda. Cubalah! I’m sure you girls would look hot on this coming Eid with this stunning eyes! :D Awesome!

h1

MaKe Up RaYa aLa aNak PaTung

September 17, 2008

Salam semua!

Apa kata cuba cara make up baby doll look untuk hari raya tahun ni? Cun! Aku pun nak try.