Memandangkan aku agak sibuk dengan kerja-kerja menyemak kertas ujian budak-budak sekolah tu, aku kekurangan ruang dan kesempatan nak update blog ni sangat. Lagipun aku jarang-jarang dapat wireless. Wireless kat sekolah tu pula dengki apa entah dengan laptop aku…meluat! Apa pun tak boleh bukak walaupun network ada. So, untuk tidak menghampakan, aku letak video klip ni untuk tatapan anda. Enjoy!
Masa tu aku baru saja habis mandi dan bila aku masuk dalam bilik, aku dengar bunyi kocakan air yang agak kuat. Aku yang terkejut pun terkocoh-kocoh tengok apa bendanya. Rupa-rupanya ada seekor cicak sedang berenang-renang gaya kuak kupu-kupu dalam akuarium aku!
Hahahaha! Sebenarnya aku dah lama buat benda ni. Cuma edit sikit-sikit lagi. Aku memang gila cerita Sailormoon sejak kecil. Koleksi CD cerita ni yang pelakon-pelakonnya orang betul pun ada. Kawaii tau!!!
Jadi, disebabkan kegilaan aku dengan Sailormoon, aku pun superimposelah gambar aku dan kawan-kawan. Aku main tampal saja; muka lain, badan lain. Tak berapa jadi, tapi…bolehlah!
Hahahahahahahahahahahahahahahahahaha!!!
Kepada kawan-kawan yang telah diperdajalkan dalam gambar ni, raya nanti aku minta maaf, okay?
Ehehehehehehehehehehehehe…
Kalau sesiapa pandai, cuba teka, yang mana satu di antara 5 orang ni…AKU?
Memandangkan aku agak sibuk sikit, jadi aku cuma nak masukkan entri yang merapu saja. Kali ni aku nak perkenalkan kura-kura aku. Yang jantan tu namanya Troy Bolton dan pasangannya Gabriella Montez. Tapi aku panggil Troy dan Gabby saja.
Macam pernah dengar nama-nama tu? Yalah, masa tu aku gila tengok High School Musical. Masa tu jugalah ada mamat Indon datang jual kura-kura tu kat kampus. Aku pula terpikat tengok kecomelan kura-kura ni, sebab tu aku beli untuk menambahkan koleksi haiwan di rumah.
Masa duduk di hostel dulu ramailah juga budak-budak foreigner kutuk aku bela binatang ni. Aku peduli apa? Bukan duit emak bapa dia orang pun!
Sedang aku menjamu selera makan tengah hari, aku layanlah cerita ini. Sebenarnya ini sudah masuk kali ke berapa puluh aku tengok. Mungkin ramai tak berapa tahu pasal filem keluaran British pada tahun 2007 ni selain Harry Potter, tapi memang best! Bagi akulah. Tapi bila aku bagi DVD ni pada abang aku suruh dia tengok, dia pun cakap best.
Bukan apa, aku suka tengok budak-budak gothic dalam cerita ni. Aku suka sangat tengok cara make up budak-budak tu. Aku pun sebenarnya selalu buat make up ala-ala macam tu juga. Sebab tu agaknya aku suka tengok sangat, konon ada resemblance.
Rupa-rupanya, inilah jejaka yang paling ideal dengan aku (menurut personality quiz tu lah). No wonder lah sampai sekarang tak dapat-dapat! Jauh sangat! Alamat jadi andartulah jawabnya kalau macam ni!
Saya bertungkus-lumus menghambat bas yang sudah mahu bertolak. Bayangkan dengan baju kurung yang terpaksa disinsing tinggi sedikit supaya langkah saya lebih laju. Nasib baik saya tidak memakai kasut tinggi. Kalau tidak, mahu tertiarap di atas jalanraya di hadapan pusat membeli-belah itu.
Ah, mampat macam sardin! Terpaksalah berdiri lagi hari ini. Saya selalunya suka berdiri berdekatan dengan tiang, supaya senang saya memautnya ketika bas membrek nanti.
Tiba-tiba saja kepala saya terteleng dan tertarik. Alamak! Rupa-rupanya rambu-ramba pada selendang yang saya pakai tersangkut pada zip beg seorang penumpang lain. Lelaki itu sedaya-upaya mengeluarkan rambu-ramba yang tersangkut itu. Saya pula tidak boleh menoleh ke arah lain, statik saja! Aduh! Tuhan saja yang tahu betapa malunya saya di saat itu. Mana tidaknya, menjadi perhatian pula.