Salam…
Dapatkan novel thriller yang aku tulis sendiri yang kini berada di pasaran. Boleh didapati di MPH, Popular & kedai buku berhampiran anda. Boleh juga dibeli secara online di
http://www.mph.com.my
Tajuk: Igauan Semalam
Penulis: Hani El Zahra
Genre: Malay fiction – thriller
Harga: RM17 ( Sabah & Sarawak – RM20)
Penerbit: KarnaDya Solutions Sdn Bhd
Sinopsis:
Pertama kali menjejakkan kaki ke tanah tumpah darah ibunya, Dania Nakeisha Nelson tidak pernah menyangka akan kehidupan yang bakal dilalui di negara yang begitu asing baginya.
Sebagai seorang gadis, Dania juga mempunyai keinginan untuk mengharungi hari-hari zaman remajanya seperti mana remaja-remaja lain. Malangnya, paras rupa yang berbeza daripada gadis-gadis tempatan mengundang rasa tidak senang di kalangan mereka. Akibatnya, Dania terpinggir keseorangan tanpa teman.
Sehinggalah pada suatu hari, kemunculan seorang gadis yang menawarkan diri untuk mendampingi Dania sebagai teman sejati mengubah kehidupan Dania yang ketika itu berada di ambang kesepian. Anehnya, tiada siapa mengenali mahupun pernah melihat gadis yang dikenali sebagai Mulan itu. Hanya Dania seorang yang boleh berkomunikasi dan bersahabat dengan Mulan.
Sejak mendampingi Mulan, pelbagai peristiwa pelik lagi membingungkan mula menghantui Dania, lalu menambahkan lagi gelisah dan gusar di hati ibunya, Marina.
Marina dapat merasakan perubahan sikap Dania yang semakin hari semakin membimbangkan. Sebagai seorang ibu, dia tidak sanggup tragedi yang pernah berlaku suatu masa dahulu berulang kembali. Perkahwinan dengan Mahmud merupakan satu jalan singkat lagi drastik pilihan Marina untuk melupakan sejarah hitam sekali gus melindungi Dania daripada terus dihantui.
Kehadiran Fahri, jejaka yang menambat hati menambahkan lagi perisa di dalam hidup Dania. Walaupun kedua-duanya malu dan lidah masih kelu untuk berbicara soal hati, tetapi bahasa diam seolah-olah memberitahu bahawa mereka berkongsi satu rasa yang sama. Kiriman surat-surat berpuisi tanpa nama menguatkan lagi firasat Dania tentang perasaan Fahri terhadapnya.
Sebaliknya, tidak semudah itu kasih mereka bertaut. Syafinaz muncul membuat angkara. Adilah pula tidak pernah putus asa menuntut janji yang pernah ditabur. Anak di dalam kandungan Adilah menambahkan lagi ketebalan benteng pemisah di antara Fahri dan Dania. Fahri yang sudah tersepit dan terdesak itu mula hilang pertimbangan, lalu hasutan syaitan dijadikan pedoman.
Kematian misteri seorang demi seorang kenalan Dania menambahkan lagi keserabutan yang sedia ada. Antara cinta dan dendam bersulamkan sejarah silam; mampukah Dania dan Marina menghadapi semuanya?
Siapakah sebenarnya Mulan? Apakah sebenarnya tragedi yang dimaksudkan? Adakah sejarah silam yang tersimpan rapi di dalam kotak hati seorang ibu akan terbongkar juga akhirnya? Atau, mungkinkah ia akan terus menjadi igauan ngeri dan menyayat hati sepanjang hayat mereka berdua?
Benda ni dah agak lama berlaku…lebih kurang dua bulan lepas. Tetapi memandangkan aku dah lama tak update blog aku ni…terlewatlah sikit. Walaubagaimanapun, aku tetap ingin berkongsi dengan pembaca semua tentang sesuatu yang aku pendam selama ini.
Sekarang ni, aku dah tak punya guinea pig lagi. Tinggal kura-kura, ikan dan kucing. Tentunya kucinglah yang paling memerlukan penjagaan lebih berbanding yang lain. Walaupun aku dan familiar dengan kucing sejak sebelum tadika, tapi cuma tahu bagi makan dan main saja. Aku tak pernah tahu yang kucing pun ada risiko untuk kena penyakit kronik. Sampailah satu hari, Kenit, kucing kacukan Parsi-Siam yang aku ambil daripada abang aku (asalnya kucing Parsi abang aku yang bawa balik kucing ni untuk dijadikan girlfriend) terpaksa dibedah!
Kenit macam kucing lain; manja, aktif, nakal. Sampailah satu ketika yang aku perasan ada cecair putih kekuningan keluar melalui ‘tut’ dia. Mula-mula aku ingat itu tanda dia akil baligh. Sehinggalah satu hari, darah pula yang keluar. Esok tu jugalah aku dan abang aku bawa Kenit ke sebuah klinik haiwan di Seberang Jaya, Klinik Haiwan Hazlim dan doktor yang merawat Kenit, Dr. Nor Satinati Suffian mengesahkan yang rahim Kenit bernanah dan perlu segera dibedah. Terkejut beruk aku masa tu! Tak pernah dalam sejarah hidup aku kucing aku kena bedah! Walaupun 50-50, aku tetap bagi harapan yang Kenit akan selamat. Alhamdulillah, Kenit selamat dibedah dan dia sekarang bertambah sihat dan nakal tanpa ovari dan tiub falopio. Aku ada gambar Kenit punya benda alah yang dibuang tu. Tapi aku sendiri tak sanggup nak tatap lama-lama, apatah lagi nak upload di sini. Ngeri!
Habis tu, siapa pula yang pergi?
Okay…sehari sebelum Kenit masuk wad, iaitu pada 4 April 2009, aku beli seekor kucing Parsi untuk dijadikan kawan Kenit. Aku bagi nama dia Casper. Malangnya, sebulan saja Casper sempat hidup dengan aku. Pada 5 Mei 2009, Casper meninggalkan aku buat selama-lamanya selepas dua hari ditahan di wad akibat keracunan.
Yang aku hairan, kat rumah aku memang tak ada racun, sama ada racun tikus atau apa-apa racun pun. Tapi aku syak, ada pengkhianat yang bagi ubat manusia kat Casper sebab Casper memang ada masalah kurang selera makan dan selalu kena suap.
Kenapa aku syak macam tu?
Memang ada seseorang kat rumah yang pendek akal selalu bagi ubat manusia kat kucing-kucing aku yang terdahulu (semestinya kucing-kucing tu semua dah mati). Aku pun tak tahu kenapa manusia tu bangang sangat, dah berkali-kali aku tak benarkan dia buat macam tu tapi still jadi juga! Susah bercakap dengan orang bodoh sombong ni, apatah lagi orang yang pernah berkhidmat dengan Kementerian Kesihatan. Masalahnya, manusia dengan haiwan lain! Mana haiwan boleh makan ubat manusia yang dosnya memang kuat! Kalau sama, apasal manusia tak makan saja ubat binatang?! Bodoh! Bangal!
Sampai sekarang aku masih tak boleh lupakan Casper. Apatah lagi dia manja dan pandai. Hanya gambar-gambar dan rantai dia saja yang aku ada. Sedih sangat…
28 November lalu bersamaan hari Jumaat, Hamlet dah meninggalkan aku. Sedih sangat. Mana tidaknya, petang Khamis tu elok lagi, siap manja minta dibelai-belai. Tiba-tiba malam tu aku tengok dia jalan senget sebelah. Aku pun peliklah. Rupa-rupanya ada serangga masuk dalam telinga dia. Jahanam punya serangga! Dahlah guinea pig memang sensitif part telinga ni. Air pun tak boleh kena kat situ. Aku pun cubalah apa yang termampu untuk keluarkan serangga tu. Tapi tak boleh.
Pagi Jumaat tu aku tengok dia dah okay. Aku pun seronoklah, tapi still dalam keadaan berjaga-jaga. Aku peluk dia sepanjang masa, sampailah dia dah mula tarik-tarik dan…akhirnya dia pergi juga. Paling aku tak tahan bila ada darah keluar dari hidung dia. Aku sedih sangat…tak tahulah nak cakap macam mana.
Minggu sebelum tu, Jumaat juga bersamaan 21 November, Tamteh dah tinggalkan aku. Tamteh ni kucing yang aku jumpa belakang supermarket kat rumah aku yang aku bawa balik awal tahun hari tu. Dia memang ada penyakit lelah. Pelik kan? Tapi itulah realitinya.
So kalau you all nak tahu, aku sedang berkabung sekarang ni. Lagu kat bawah ni aku dedicate khas buat Hamlet, Tamteh, Muffin, Hercules, Hamtaro, Kenik, Comey, Kuning, Lembu, Kalermaler, Zorro, Orenchik, Ketot, Che Mei, Tulang, Oren, Tam, Teh, Boroi, Tasha, Bulat, Comot, Mok, Tora, Tori, Jemuan, Jibeng, Comel, Legam, Kelabu, Pussy & lain-lain yang aku sendiri dah lupa nama.
Yang aku tak sampai hati bila tengok Oreo sunyi. Oreo ni aku baru ja beli 2 minggu lepas nak bagi kawan dengan Hamlet. Tapi rupa-rupanya Hamlet dah pergi dulu. Sekarang ni, Oreo berkawan dengan ikan sajalah.
Minat Avril Lavigne tak? Kalau minat lagu dia, atau minat tuan punya badan, atau pun tak minat langsung tapi suka cara dia make up, video ni memang mantap dalam membocorkan rahsia solekan Puan Avril tu. Bila dah tengok tu, cubalah sendiri!
p/s —> Kalau maskara pink tu nampak pelik, pakai sajalah maskara warna hitam.
“Aku tak makan durian!” Katanya, angkuh. Aku angguk, bawa lari durian ke belakang. Bekal dari kampung yang dia bawa semalam ada atas kabinet. Aku periksa, lalu terjumpa tupperware dan sekeping nota. ‘Ini tempoyak kesukaan abang. Mak bagi, takut abang kempunan’.
Dari mata turun ke hati…betul ka? Apa-apa pun, make up mata cara smokey eye ni memang cun! Kalau sesiapa yang matanya agak kecil, make up cara ni memang membantu membundarkan mata anda. Cubalah! I’m sure you girls would look hot on this coming Eid with this stunning eyes!Awesome!
Aku sapu titik-titik peluh di dahi. Panas mentari memanggangku hidup-hidup. Sesekali aku menyumpah mataku yang lalai. Aku toleh kanan dan kiri. Lega. Tiada sesiapa pun nampak. Kalau tidak, malu! ”Hai! Awak mandi dalam longkang?” Secret admirerku tersenyum nakal. Aku terkedu.
Mesti ramai yang hairan, kan? Ke mana hilangnya aku selama ini? Sebenarnya aku sudah punya kerjaya baru. Tetapi untuk masa kurang 2 bulan saja. Dari 16 Julai sehingga 4 September ini, aku menggantikan tempat seorang guru yang cuti bersalin.
Maka bermulalah episod baru dalam hidup aku sebagai seorang guru sandaran tidak terlatih bahasa Inggeris. Aduh! Sekolah menengah ini juga agak jauh, mengambil masa lebih kurang 20 minit dengan kereta dari rumah. Abah akulah yang menghantar dan menjemput setiap hari. Bukan tidak ada lesen, tapi aku dah lupa macam mana nak memandu. Hehehehehehehe
Aku ditugaskan mengajar bahasa Inggeris kepada 5 buah kelas; 2 kelas dari tingkatan satu, selebihnya tingkatan 2, 3 dan 4. Mula-mula tu, nampak sangat budak-budak tingkatan 3 dan 4 susah menerima aku. Siap keluar ayat-ayat kesat lagi. Ada seorang budak tingkatan 4 tu, dengan angkuhnya dia cakap,
“Kami boleh lagi terer BI kalau tak ada cikgu ganti datang!”
Aku yang sememangnya bengang, suruh budak tu perkenalkan diri dalam English. Masa tu, terkial-kial dia. Nak cakap “My name is….. I lived in…..” pun tak mampu. Bila aku suruh cakap apa ambition dia, dia garu kepala sambil tanya,
“Binatang apa pula tu?”
Dengan budak tingkatan 3 ni aku rasa dah okay. Apatah lagi, aku jadi guru kelas dia orang pula! (Tak pasal-pasal!) Ini ada gambar dia orang masa buat pameran sains sempena Hari Ko-kurikulum. Dia orang buat eksperiman kacang hijau dengan kapas basah yang akhirnya menang dan dapat hadiah.