
KeNaPaLah KaU ZaLiM SaNgaT?
September 25, 2008Kenapalah kau zalim sangat?
Aku penat bekerja tapi hal gaji aku kau tak tolong buat.
Yang kau tahu cuma menguap dan mengeliat.
Cukup time, kau pergi kantin sampai habis rehat.
Kenapalah kau zalim sangat?
Mata kau terjegil setiap kali nampak aku masuk pejabat.
Bila aku senyum kau buat muka kelat.
Apa, kau ingat kau lawa sangat?
Kenapalah kau zalim sangat?
Cikgu-cikgu lain semua dah dapat gaji hasil lelah penat.
Aku pun cikgu juga (walaupun cikgu ganti saja), tapi kenapa aku tak dapat?
Sebab apa lagi, sebab kerani-kerani dekat pejabat tu lah yang buat khianat!
Eeeeeiiiii…meluat!!!

Kenapalah kau zalim sangat?
Kau punya pasallah, raya ni aku macam tak cukup sifat.
Baju raya pun tak ada walaupun raya dah nak dekat.
Kasihan anak-anak murid aku, entah-entah duit raya pun tak dapat.
Kenapalah kau zalim sangat?
Cikgu-cikgu lain pun sebenarnya dah meluat.
Malas dah nak melayan perangai kerani-kerani sekolah yang ranggi tak kena tempat.
Apa kau ingat kau hebat sangat?
Kau ingat kau makan gaji buta, nanti kau lepas di akhirat?
Sendiri mau ingat….!
P/S —> Uwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa…!!! Aku tak dapat gaji lagi sejak bulan Julai dulu!!!





huahuahuahuahuahuahuahuaaaaahahahaha………good poem..mmd dh ramai manusia yg mkn gaji buta zaman skang nie…mcm dh jd adat.tp klu ikut realitinya skrg,mkn gaji buta nie satu penyakit bahaya yg blh berjangkit..akhir kata,dapatkan rawatan segera sebelum ia menjadi habit/tabiat kpd masyarakat kita.
Hani El Zahra – Orang yang makan gaji buta tu buta perut…huhuhu…
Agak-agak, bila kita boleh gi UIAM huh?
pakgad kat tempat aku pun selalu makan gaji buta..macam pe je..menyampah aku..
Hani El Zahra – Mesti dia dok membuta waktu kerja kan? Kalau penyangak masuk hostel pun tak sedar. Pak guard kat UIA dulu plak terlebih rajin…ada-ada saja nak denda student. Lagi menyampah!
hehehe… macam2 jenis orang
Hani El Zahra – Betul…kalau dah rambut pun macam2 color…hati pun sama…
4 bulan tanpa gaji..tempoh yang sangat lama tu!!
Hani El Zahra – Hingga ke saat ini gaji belum dapat lagi…
sabau jo la…
Hani El Zahra –