Arkib bagi Bulan September 2008

h1

KeNaPaLah KaU ZaLiM SaNgaT?

September 25, 2008

Kenapalah kau zalim sangat?

Aku penat bekerja tapi hal gaji aku kau tak tolong buat.

Yang kau tahu cuma menguap dan mengeliat.

Cukup time, kau pergi kantin sampai habis rehat.

 

Kenapalah kau zalim sangat?

Mata kau terjegil setiap kali nampak aku masuk pejabat.

Bila aku senyum kau buat muka kelat.

Apa, kau ingat kau lawa sangat?

 

Kenapalah kau zalim sangat?

Cikgu-cikgu lain semua dah dapat gaji hasil lelah penat.

Aku pun cikgu juga (walaupun cikgu ganti saja), tapi kenapa aku tak dapat?

Sebab apa lagi, sebab kerani-kerani dekat pejabat tu lah yang buat khianat!

 

Eeeeeiiiii…meluat!!!

Kenapalah kau zalim sangat?

Kau punya pasallah, raya ni aku macam tak cukup sifat.

Baju raya pun tak ada walaupun raya dah nak dekat.

Kasihan anak-anak murid aku, entah-entah duit raya pun tak dapat.

 

Kenapalah kau zalim sangat?

Cikgu-cikgu lain pun sebenarnya dah meluat.

Malas dah nak melayan perangai kerani-kerani sekolah yang ranggi tak kena tempat.

Apa kau ingat kau hebat sangat?

Kau ingat kau makan gaji buta, nanti kau lepas di akhirat?

Sendiri mau ingat….!

  Read the rest of this entry ?

h1

The SiMs 2 : EdiSi iSTiMeWa aiDiLFiTRi

September 19, 2008

 

 Bila aku tengok video ni, rasa macam nak main game The Sims balik. Dah lama aku tak main game tu. Memang ralit jugalah kalau main. Apa-apa pun, kredit untuk Ariffrazalin (aku pun tak kenal tapi teringin nak kenal) di atas video yang best ni. :D

h1

CeRtOt 40 #2

September 17, 2008

“Aku tak makan durian!” Katanya, angkuh. Aku angguk, bawa lari durian ke belakang. Bekal dari kampung yang dia bawa semalam ada atas kabinet. Aku periksa, lalu terjumpa tupperware dan sekeping nota. ‘Ini tempoyak kesukaan abang. Mak bagi, takut abang kempunan’.

h1

MaTa BeRaSaP?

September 17, 2008

Salam semua!

Dari mata turun ke hati…betul ka? Apa-apa pun, make up mata cara smokey eye ni memang cun! Kalau sesiapa yang matanya agak kecil, make up cara ni memang membantu membundarkan mata anda. Cubalah! I’m sure you girls would look hot on this coming Eid with this stunning eyes! :D Awesome!

h1

MaKe Up RaYa aLa aNak PaTung

September 17, 2008

Salam semua!

Apa kata cuba cara make up baby doll look untuk hari raya tahun ni? Cun! Aku pun nak try.

h1

CeRtOt 40 #1

September 10, 2008

Aku sapu titik-titik peluh di dahi. Panas mentari memanggangku hidup-hidup. Sesekali aku menyumpah mataku yang lalai. Aku toleh kanan dan kiri. Lega. Tiada sesiapa pun nampak. Kalau tidak, malu! ”Hai! Awak mandi dalam longkang?” Secret admirerku tersenyum nakal. Aku terkedu.

h1

“Tempahkan bilikku di neraka!”

September 7, 2008

Salam semua!

Aku baru sahaja menerima email daripada seorang sahabat tentang sebuah kisah, dan aku rasa elok kisah ini kita kongsi bersama sebagai teladan. Renung-renungkanlah…

Pada suatu hari, seorang gadis yang terpengaruh dengan cara hidup Barat telah menaiki sebuah bas mini untuk menuju ke destinasi di wilayah Iskandariah. Walaupun tinggal di bumi Islam, pakaian gadis itu amat menjolok mata; begitu nipis sehingga hampir terlihat segala apa yang patut disembunyikan oleh seorang perempuan daripada pandangan lelaki ajnabi atau mahramnya.

Di dalam bas itu, ada seorang lelaki tua yang sudah beruban menegur gadis muda jelita itu, “Wahai pemudi, alangkah baiknya kalau kamu berpakaian yang baik, yang sesuai dengan adat ketimuran dan agama Islam kamu, dan itu adalah lebih baik daripada kamu berpakaian begini dan pastinya menjadi mangsa pandangan liar kaum lelaki.”

“Siapa kamu wahai orang tua?” tanya gadis itu kembali. “Apakah di tangan kamu ada kunci syurga? Atau kamu memiliki kuasa yang boleh menentukan aku bakal berada di syurga atau neraka?”

Setelah menghamburkan kata-kata yang menghiris perasaan orang tua itu, si gadis tertawa, mengejek panjang. Tidak cukup dengan itu, dia lantas cuba memberikan telefon bimbitnya kepada orang tua tadi sambil melafazkan kata-kata yang lebih dasyat, “Ambil ini dan hubungilah Allah serta tolong tempahkan sebuah bilik di neraka jahanam untukku.” Read the rest of this entry ?

h1

SeLaMat TiNggaL SaYang

September 6, 2008

Salam semua!

Semalam, tanggal 5 Ramadhan merupakan hari yang paling sedih dalam hidup aku (buat masa ini). Hercules, arkus peliharaan aku telah meninggalkan aku, Hamlet dan Muffin selama-lamanya.

Sebelum ini, arwah tidak menunjukkan tanda-tanda sakit, tetapi baru semalam kesihatannya begitu kritikal. Arwah tidak mampu bergerak lagi, apatah lagi untuk makan, minum, atau melompat-lompat seperti selalu. Di saat aku ingin menyuap makanan ke mulut arwah, aku nampak yang hidung arwah telah bertukar menjadi warna ungu. Ya Allah! Baru aku sedar yang hayat arwah tinggal tidak lama lagi.

Tepat 10 malam, arwah menghembuskan nafasnya yang terakhir di depan mata kami semua. Buat arwah yang sedang berbahagia di sana, mama terlalu sayangkan Hercules. Kami semua juga sentiasa merindui Hercules. 

Cerita kartun Wonderpets yang ke udara di TV9 tidak mungkin lagi akan aku tonton. Watak arkus di dalam cerita itu memang sebiji macam arwah Hercules. Sebelum ini aku kehilangan Hamtaro, kini Hercules pula. Air mataku sudah kering untuk menangis lagi.

Selamat tinggal…Wonderpetku… You are always be my hero

Read the rest of this entry ?

h1

Yeay! RaMadhaN DaTang Lagi!!!

September 1, 2008

Salam semua!

Kepada semua umat Islam di Malaysia dan seluruh dunia… HaPpy FasTiNg!!!

Sentiasalah setting niat, upgrade iman, download sabar, upload usaha, delete dosa, update doa & top up ilmu…supaya dapat redeem pahala banyak-banyak!