
aPa IsTiMeWaNya 08-08-08?
Ogos 8, 2008Salam semua!
Ramai juga yang pilih tarikh ini untuk menamatkan zaman bujang. Bagi sesetengah masyarakat pula, mereka percaya tarikh ini membawa tuah. Malah Sukan Olimpik Beijing juga bermula pada tarikh ini. Tapi, tarikh ini juga amat istimewa bagi aku. Nak tahu kenapa?
Sebabnya, aku menyambut jubli perak kelahiran aku pada tarikh ini!


Dulu-dulu, aku ingat, aku bakal menamatkan zaman bujang aku pada tarikh ini juga. Tapi rupa-rupanya belum lagi. Calon pun tak ada. Tak apalah, belum rezeki lagi agaknya.
Tapi sebelum aku sambut birthday aku ni (masa birthday eve), macam-macam benda yang menyedihkan menimpa aku. Antaranya, penutup cologne yang aku letak dalam handbag aku longgar, lalu tumpahlah cologne tu dan masuk pula dalam handphone. Wuwuwuwuwuwu! Sedih gila aku waktu tu. Nak call out dan call in tak boleh!
Peliknya, on my birthday, handphone aku kembali okay. Sekolah pula tak ada P&P, sebabnya nak sambut hari terakhir program bersama pelajar-pelajar Korea di sekolah tu. Aku pula in charge bahagian cenderamata. Alamatnya, enterframe lagilah di atas pentas (benda yang paling aku tak suka sebab aku ni jenis cepat gugup & nervous susah nak kawal). Tapi Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar walaupun sebelum tu macam-macam rasa yang ada.
On my birthday juga, Maxis bagi aku unlimited free call dalam masa 24 hours! Bestnya!!! Bergayut sakan aku! Aku boleh call sesiapa saja, asalkan orang tu juga Maxis users. Benda free wei! Punyalah ramai yang jealous termasuk abang aku yang guna Maxis, sebabnya dia orang tak dapat offer yang sama on their birthday. Aku pun pelik juga. Yang aku ingat, last year aku dapat kredit free masa birthday, pun Maxis yang bagi.
Paling best, bila jadi cikgu ni, ada student yang ingat birthday aku. Bila sampai kat meja tempat aku menumpang di bilik guru, dah ada hadiah atas tu. Terharunya aku masa tu! Terima kasih banyak-banyak Farah Hana dan Nurul Aini dari Tingkatan 1 Ikram.
Bila balik rumah pula, macam biasa ada sambutan di kalangan kami anak-beranak. Terima kasih mak, abah, Abang Ajian dan Kak Ida. Love you all!
Yang tak bestnya, lepas saja sambut birthday, aku terus demam sampai hari ini dan terpaksa ambil MC.





sempat lagikan?
HAPPY BELATED BDAY.
Hani El Zahra – Sempat…sempat…Thanks
happy birthday!
tu la sape suruh makan rambutan byk2..kan da dmm.. hee