h1

Aku SeOraNg LiLiN

Ogos 3, 2008

Salam semua!

Mesti ramai yang hairan, kan? Ke mana hilangnya aku selama ini? Sebenarnya aku sudah punya kerjaya baru. Tetapi untuk masa kurang 2 bulan saja. Dari 16 Julai sehingga 4 September ini, aku menggantikan tempat seorang guru yang cuti bersalin.

Maka bermulalah episod baru dalam hidup aku sebagai seorang guru sandaran tidak terlatih bahasa Inggeris. Aduh! Sekolah menengah ini juga agak jauh, mengambil masa lebih kurang 20 minit dengan kereta dari rumah. Abah akulah yang menghantar dan menjemput setiap hari. Bukan tidak ada lesen, tapi aku dah lupa macam mana nak memandu. Hehehehehehehe :D

Aku ditugaskan mengajar bahasa Inggeris kepada 5 buah kelas; 2 kelas dari tingkatan satu, selebihnya tingkatan 2, 3 dan 4. Mula-mula tu, nampak sangat budak-budak tingkatan 3 dan 4 susah menerima aku. Siap keluar ayat-ayat kesat lagi. Ada seorang budak tingkatan 4 tu, dengan angkuhnya dia cakap,

“Kami boleh lagi terer BI kalau tak ada cikgu ganti datang!”

Aku yang sememangnya bengang, suruh budak tu perkenalkan diri dalam English. Masa tu, terkial-kial dia. Nak cakap “My name is….. I lived in…..” pun tak mampu. Bila aku suruh cakap apa ambition dia, dia garu kepala sambil tanya,

“Binatang apa pula tu?”

Dengan budak tingkatan 3 ni aku rasa dah okay. Apatah lagi, aku jadi guru kelas dia orang pula! (Tak pasal-pasal!) Ini ada gambar dia orang masa buat pameran sains sempena Hari Ko-kurikulum. Dia orang buat eksperiman kacang hijau dengan kapas basah yang akhirnya menang dan dapat hadiah.

Kelas tingkatan 2 lain pula ceritanya. Pasif sangat sampai tahap mengangguk tidak, menggeleng pun tidak. Kelas yang sepatutnya ada 19 orang pula setiap hari tak lebih 10 orang walaupun orangnya silih berganti. Selalu aku confuse, ingatkan ada student lain saja main-main nak masuk kelas tu. Tapi ada jugalah dalam 4 orang dalam kelas tu yang selalu kacau yang lain. Aku pula tak berapa reti nak buat garang, unless aku betul-betul marah. Selalunya kalau aku buat-buat garang, aku end up tergelak kat situ juga. Sebab itulah budak-budak tu tak takut.

Paling aku tak tension dengan tingkatan 1. Dia orang macam budak-budak sekolah rendah lagi. Walaupun memang hyper, tapi still dengar cakap dan tak menyakitkan hati. Ada saja yang buat aku gelak. Paling aku tak tahan bila budak-budak kelas lain yang aku tak ajar pula sibuk nak berkenalan dengan aku. Kelakar betul. :D

Pengalaman mengajar ni banyak membuka kembali memori zaman persekolahan aku dulu. Kadang-kadang aku tertawa sendiri. Tinggal berapa minggu saja aku mengajar di sana. Bila tiba last day nanti, rasa-rasanya aku sedih kot. Entahlah…..

2 comments

  1. biasala tu. ingat lagi dulu-dulu. kitorang suke sakat cikgu2 praktikal sampai nangis2. huhuhu. jahat betul. arap2 aku tak kene sampai macam tu kalau kluar nanti.

    p/s: jangan nangis. hahaha.

    Hani El Zahra – Cikgu laki tak apa sangat kot. Tadi ada budak form 1 yang selama ni tak kena marah, sampai dia dah pandai naik kepala, tiba-tiba hari ni kena marah. Bukannya teruk sangat, marah suruh buat kerja sekolah ja. Kesian laa pula bila tengok muka merajuk dia tu. Tapi kalau tak marah, dia lagi naik kepala. Serba salah betul.


  2. sudah jadi cikgu ye..hehe bagus2..
    ingatkan dah xmahu mem’blog’ lagi..
    welkam back ;)

    Hani El Zahra – Tak sabar tunggu 4 September! Dah penat dengan budak-budak ni. Kalau lembut sangat naik kepala. Tapi nak buat garang pun tak sampai hati sebenarnya. Serba salah!



Tinggalkan Komen