Salam semua!
Alhamdulillah! Akhirnya dapat juga aku konvo tahun ini setelah pelbagai rintangan dilalui sepanjang 4 tahun di UIAM tercinta ni. Walaupun seronok sebab dah habis belajar, tapi deep down in my heart, rasa rindu nak belajar di tempat yang paling best ni meluap-luap! Jealous tengok adik-adik junior pergi class. Teringatlah pula zaman dulu-dulu…nostalgia betul.
Anyway, tahun ni pula UIAM telah menyediakan jubah baru yang lari dari tradisi jubah konvokesyen UIAM yang terdahulu. Maknanya, sudah tidak ada lagi songkok dan tudung berlace logo UIAM yang menjadi harta mutlak para graduan terdahulu sebelum ini (untungnya!). Tahun ini design jubah baru berserta hood (sekali tengok macam baju student kat Hogwart’s School of Wizard dalam filem Harry Potter la pula) dan mortar board. Yang bestnya bukan apa, sebab kita orang 1st badge yang rasmi baju ni. Lepas ni, adik-adik yang nak konvo pakai bekas kita orang lah yek! Hahahahahahahahaha!!!
Tetapi sehari sebelum konvo, sedih betul aku. Baju yang sepatutnya aku pakai untuk hari konvokesyen tu nanti terbakar dek seterika!!! Cis!!! Cis!!! Cis!!! Bengang, sedih, geram semuanya bercampur-baur. Nasib baik ada bawa baju kurung spare. Kalau tidak, tak tahulah.
Bila tiba hari tu, yang paling seronok bila dapat jumpa kawan-kawan balik. Rindu gila kat dia orang! Di bawah ini ada beberapa gambar yang dapat aku kongsi dengan you all. Ada banyak lagi, tapi rasanya cukuplah yang ini sahaja.


Antara ahli keluarga yang hadir… Abang Ajian, mak & Kak Ida.

Kawan-kawan di UIAM… Asma & Huda dari Somalia.










