
PuTus CiNta TaPi SeRoNok?
Jun 19, 2008Salam semua!
Selalunya kalau putus cinta, mesti sakit. Sakit sangat dari hilir hinggalah ke ulu hati. Ada juga yang rasa seolah-olah badan kena potong, kemudian diperap pula dengan rempah dan limau nipis. Sakit! Kalau tak percaya, cubalah buat sendiri. Tapi kalau jadi apa-apa, aku tak bertanggungjawab.

Relax lah! Tak payah nak serabut-serabut atau bazirkan air mata. Lebih baik guna air mata tu untuk menangis di atas sejadah ketika menghadap Tuhan atau kerana menyesali perbuatan kita yang terdahulu. Takpun, menangis tengok saudara seagama dibunuh dengan kejam, atau bila tengok haiwan-haiwan yang teraniaya. Tapi janganlah setakat tengok saja, kalau boleh tolonglah mereka setakat mana yang kita mampu. Sebab itulah Allah bagi kita rezeki, bukan untuk kita seorang. Tetapi untuk dikongsi dan dinikmati makhluk lain juga. Dari situ barulah timbul rasa kasih sayang.
Okay lah, melalut pula aku! Berbalik kepada tajuk tadi. Sebenarnya sedih apabila putus cinta akan bertukar menjadi sesuatu yang menggembirakan apabila anda melihatnya dari sudut positif. Oleh itu, gunakan otak, bukan hati. Ikut hati, mati! Mudah saja, cara-caranya seperti di bawah.
Keputusan yang betul dan tepat
Sebelum memutuskan hubungan, anda haruslah tahu kenapa anda perlu memutuskan hubungan itu. Ingat, kalau anda ingin berumahtangga dengannya, keputusan ini adalah sekali dalam seumur hidup. Salah membuat keputusan bermakna merana sepanjang hayat.
Tak tahu macam mana nak buat keputusan?
Ambil kertas dan senaraikan sebab-sebab kenapa anda perlu mengakhiri perhubungan dan juga sebab-sebab kenapa anda masih perlu meneruskan hubungan. Buat perbandingan di antara kedua-duanya. Kalau senarai sebab-sebab kenapa anda patut meninggalkan si dia lebih panjang, fikir sendirilah apa patut anda buat.
Percaya pada takdir
Jangan menyesal kalau putus cinta. Tentu ada sebabnya Tuhan mahu kita berjumpa dengan orang yang salah sebelum kita jumpa orang yang benar-benar ditakdirkan untuk kita. Macam yang selalu orang kata, setiap yang berlaku pasti ada hikmah di sebaliknya. Kita mungkin tak sedar, tapi Tuhan lebih tahu apa yang terbaik untuk kita. Anggap saja ia satu pengalaman berharga yang menambahkan lagi warna-warna dalam kehidupan. Bukan semua orang dapat pengalaman macam ni, tahu?
Anda berhak mendapat yang lebih baik
Pujuk diri dengan menganggap anda terlalu istimewa dan dia sememangnya tidak layak memiliki anda. Mahukah anda hidup dengan seseorang yang tidak menghargai anda, sentiasa mengkritik hadiah pemberian anda, kedekut, tidak boleh menerima keadaan anda dan macam-macam lagilah. Nak? Kalau nak juga tak apalah. Tapi kalau tak sanggup, lebih baik letakkan noktah di situ. Sememangnya dia tak layak memiliki anda. Apa yang perlu anda lakukan; bersabar dan tunggu kemunculan si dia yang lebih layak untuk anda.
Cintai diri sendiri
Sebelum menyintai orang lain, sayangi diri sendiri dulu. Macam mana nak sayangi diri sendiri? Senang saja, dekatkan diri dengan Tuhan. Kalau anda sayangkan diri anda, tentu anda nak masuk syurga, kan? Kalau macam tu, faham-faham sajalah. Anda sendiri tahu apa perlu anda buat, daripada pergi berdating dan berpegangan tangan. Maksiat pun tak buat, dosa pun kurang. Ehehehehehehehe…
Buat duit
Putus cinta pun boleh buat duit? Kenapa, tak percaya? Betul, memang boleh. Kalau kisah cinta anda pelik dan lain dari yang lain, lagilah bagus. Yang penting, anda haruslah kreatif. Bakat menulis yang ada mungkin merupakan satu bonus untuk anda. Anda boleh mula menulis novel atau skrip berdasarkan kisah cinta anda yang unik itu.
Jadi, anda tak perlulah bersedih lagi. Menjadi solo kembali bukan bermakna satu hukuman, tetapi kenikmatan dan kegembiraan. Berhenti memburu cinta, tetapi jadilah seorang hamba yang dicintai.






ceh, putus cinta dah berair mata. aku yang pernah mati tunang ni bleh la. ceh! baung masa jek bebudak skang nih.
Hani El Zahra – Hehehehehehehe