
JoM MaNdi!
Mei 8, 2008Salam semua!
Hari minggu lalu, aku berkesempatan memandikan arkus-arkus aku setelah hampir tiga bulan tidak mandi. Kasihan…
Ini adalah barangan yang diperlukan. Syampu yang digunakan adalah syampu khas untuk arkus dan haiwan-haiwan kecil yang lain. Begitu juga dengan bedak yang digunakan, khas untuk kegunaan arkus.

Air mandian hendaklah suam-suam kuku sahaja, tidak terlalu sejuk dan tidak terlalu panas. Kalau tidak, boleh masak pula daging arkus ini. Yang perlu diambil perhatian, ketika memandikan arkus, pastikan air tidak terkena pada bahagian kepala, terutama sekali di bahagian telinga kerana bahagian itu adalah bahagian yang paling sensitif. Jadi, hanya basahkan bahagian badan sehingga ke leher.
Cara memandikan arkus sama macam memandikan bayi (aku tak ada pengalaman memandikan bayi). Tapi, lebih kurang macam itulah, dengan lembut dan berhati-hati. Malangnya, semasa aku memandikan Muffin, tak ada photographer. Jadi aku hanya boleh tunjukkan gambar semasa bulu Muffin masih basah sahaja.

Setelah membilas saki-baki sabun, lap sehingga kering. Selepas itu, gulung arkus dengan tuala untuk melindunginya dari suhu yang sejuk (pastikan hidung comelnya terdedah supaya arkus masih boleh bernafas untuk hidup). Setelah itu, keringkan sekali lagi.

Apabila pasti bulu arkus sudah kering, sapukan bedak rata-rata pada badan arkus dan sikat dengan jari. Pastikan memberi arkus makan setelah mandi sebab selalunya arkus cepat berasa lapar.






Comeynyer….