h1

Faizal Tahir Punya Pasal!!!

Mei 4, 2008

Salam semua!

Tentu anda juga tidak melepaskan peluang menonton Anugerah Industri Muzik 15 (AIM 15) pada 3 Mei lepas. Ada yang berpuas hati, ada juga yang tidak. Terpulanglah…

Bagi saya pula, saya memang berpuas hati apabila Faizal Tahir membolot sehingga 4 buah anugerah. He deserves it! Sememangnya Faizal Tahir ialah contoh artis yang berbakat besar dan juga berpelajaran. Itulah yang kita mahu.

Malangnya, di sebalik kegembiraan itu, ada juga yang menjadi mangsa.

Disebabkan terlalu gembira, saya telah membuat kenduri dengan menjamu arkus-arkus saya dengan lobak merah melebihi jumlah menu yang selalu diberi. Tengoklah macam mana Hamlet begitu asyik menikmati santapan kenduri sempena kemenangan Faizal Tahir.

Akibatnya, Hamlet mengalami kesukaran untuk tidur malam itu. Mungkin kerana terlalu kenyang sehinggakan ia tidak tahu posisi tidur yang bagaimana yang paling selesa.

Oh, terlupa pula! Tahniah juga diucapkan kepada Pop Shuvit, Suki & Kaer. Saya cuma ucap tahniah kepada yang saya minat saja :)

Tahniah juga kepada Estranged yang membuat persembahan gempak malam itu. Love you guys!!!

Satu komen

  1. kate superman, mesti menangnya la!



Tinggalkan Komen