
LeLaki Tua GiLa Seks
April 22, 2008Salam semua!
Berikut adalah susulan kepada kes gangguan seksual di tempat awam. Kisah ini benar-benar berlaku di hadapan mataku sendiri.
Mangsa merupakan sahabat yang dipanggil Helena (bukan nama sebenar). Seperti biasa setiapĀ petang Rabu, kami berdua pergi ke pasar malam yang terletak di luar pintu pagar belakang UIAM.
Sedang kami berjalan-jalan sambil menjamu mata dengan barang-barang jualan, ada seorang lelaki tua dalam linkungan usia 70 tahun berjalan di tepi Helena. Segera Helena mengelak sedikit untuk memberi ruang kepada pakcik tua yang memakai kemeja T, berseluar panjang dan memakai ketayap serta bercermin mata itu berjalan.
Dengan tidak semena-mena, tangan pakcik tua itu menjentik dada sahabatku itu. Apa lagi, Helena ternganga danĀ aku pula tercengang.
“Bullshit!”
Itu sahaja perkataan yang keluar dari mulut Helena. Orang tua itu pula berjalan seperti tiada apa yang berlaku. Selain aku, makcik yang berniaga air turut menjadi saksi kejadian tapi buat-buat tidak nampak pula.
Helena dengan rasa tidak puas hatinya mengajak aku mengikut jejak si tua itu. Kalau hendak diikutkan hati, mahu dimaki hamun orang tua itu tetapi takut dikatakan kurang ajar pula. Kami mengikut orang tua itu sehingga ke gerai yang paling hujung.
“Kalau aku cakap kasaq dengan orang tua tu, hang jangan ingat aku saja nak buat kurang ajaq pulak.” pesan Helena. Aku angguk.
Belum sempat kami menghampiri orang tua itu, dia dulu yang menghampiri kami. Dengan terketar-ketar helena menunjuk garang.
“Woi! Tadi hang buat apa kat aku?!”
“Apa?!” tanya si tua itu. Alamak, dia tak ada gigi! Gelilah pula tengok bibir tua yang berkedut itu hanya tinggal gusi.
“Tadi hang buat apa kat aku, hah?!” ulang Helena.
“Apa?! Kau nak mati ke?” tanya si tua itu lagi.
“Hang laa nak mampuih! Tua kutuk nak mampuih sikit hari lagi pun kurang ajaq! Tak malu ka tua-tua pun dok buat perangai kotoq lagu ni?!” herdik Helena, tunjuk berani.
“Oh, kau memang nak mati!” kata si tua. Tangan tuanya mencari-cari sesuatu di dalam kocek seluar.
Pisau!!!
Aku menarik Helena pergi. Pisau itu diacu-acukan ke arah kami berdua. Apa lagi? Kami berdua pun cabut lari.
Sebenarnya ada dua orang lelaki dewasa yang menyaksikan drama kisah benar ini, tapi sekadar tengok wayang percuma. Ada juga seorang anggota RELA lengkap beruniform. Dia pun sama juga, hanya melihat sahaja. Kalaulah apa-apa terjadi pada kami berdua, rasanya memang tiada siapa yang akan membantu.
Dipendekkan cerita, maka tersebarlah cerita si tua yang gila seks ini di kalangan pelajar-pelajar perempuan (yang lelaki tak tahulah pula). Rupa-rupanya, sudah ramai mangsa yang diraba orang tua ini. Helena bukanlah yang pertama.
Jadi sahabat-sahabat semua, berhati-hatilah, ya! Bukan yang muda sahaja berperangai begitu, yang tua pun sama bahaya.





teringat zaman belajar kat uia dulu…kat pasar mlm tu jugak ada pengemis budak2 yang garang kan?
selambe dek jek main jentik-jentik. tak sayang nyawe betul la orang tua tu. hahaha. ni mesti kalau mati kene bukak bumbung baru ‘jalan’. hahaha.
Kebanyakkan perempuan yg kena tu dressing mcmna ya?
Hani El Zahra – Baju kurung & bertudung…
lelaki TUA xsedar diri…..dah tua pun masih nk mgtl lg ngn pmpuan lain….TUA XSEDAR DIRI,DAH NK MAMPUS PUN GILE SEKS GAK…………………..
tu yg jenis haruan makan anak…
aku anak dungun tganu
bukan semua yang tua cam tu