
Dua ditahan Bantu Siasat Kes Bunuh
April 22, 2008NIBONG TEBAL – Dua ekor ikan ditemui mati dalam keadaan ngeri dalam satu insiden di dalam akuarium sederhana besar di sini lewat petang semalam.
Dalam kejadian itu, tuan punya ikan hanya menyedari kedua-dua ekor ikan jenis guppy yang tidak bernama itu mati setelah pulang dari pejabat.
Menurutnya lagi, salah seekor daripada ikan-ikan itu terapung-apung di permukaan air, manakala seekor lagi ditemui tenggelam dalam keadaan terbaring di atas permukaan batu.
Pihak berkuasa menahan dua ekor ikan lagi yang turut berada di dalam akuarium yang sama bagi membantu siasatan dan mengklasifikasikan kes ini sebagai kes bunuh sehingga siasatan lanjut dijalankan.
Mayat kedua-kedua ikan itu dikebumikan di tanah perkuburan haiwan di hadapan rumah berdekatan garaj kereta.
Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat digesa tampil untuk membantu siasatan.

NGERI…mangsa pembunuhan.





huehehehehe..
ouwh.. mengenaskan sekali.. hiks hiks
Maka tinggallah 2 ekoq ikan, 2 ekoq kura2, 2 ekoq guinea pig, 2 ekoq kucing & satu tuan rumah. hahaha.
Ikan dah tinggal seekor ja. Kelmarin mati lagi seekor dalam tahanan… Wuwuwuwuwuwuwuwuwu