h1

AwaS MusLihaT WaNita MeNgaNduNg di PuduRaYa!

April 14, 2008

Salam semua!

Maaf kerana sudah lama tidak mengirimkan apa-apa artikel untuk tatapan bersama. Dua minggu yang lalu aku agak sibuk di bilik berita, tidak sempat menulis. Malah, projek novel aku pun tertangguh lagi.

Apa-apa pun, aku ingin berkongsi sedikit pengalaman dengan pembaca semua. Insiden ini berlaku hujung tahun lepas, hari terakhir aku di Kuala Lumpur selepas tamat pengajian di UIAM.

Aku sedang duduk menunggu bas yang dijangka bertolak pada pukul 3.30 petang. Sambil menunggu, aku membelek-belek majalah yang dibeli. Tiba-tiba aku didatangi seorang wanita mengandung, berrketinggian 5 kaki, berkulit sawo matang, memakai blaus putih berbunga kecil dan bertudung. Dia mengambil tempat duduk di sebelahku.

Dengan pelat Indonesia, wanita itu bertanya sama ada bas ke Melaka sudah berlepas atau belum, padahal dia sendiri tidak pasti bas dari syarikat mana. Kononnya, wanita itu sedang menunggu sepupunya yang tinggal di Rawang untuk sama-sama pulang ke Melaka. Menurutnya lagi, sudah banyak kali panggilan dibuat tetapi tidak dijawab sepupunya. Peliknya, semakin lama kami bersembang, pelatnya kedengaran seperti pelat orang Melayu tempatan.

Wanita itu kemudiannya meminta bantuanku untuk menghantar sms kepada sepupunya supaya cepat datang. Aku pula, kononnya menyahut seruan kempen “Budi Bahasa Budaya Kita” pun menghantar sms kepada sepupu wanita mengandung itu.

Wanita mengandung yang dikenali sebagai Aimi (Sah nama tipulah tu!) pula kelihatan sangat naif dan innocent. Tutur katanya yang sopan dan ramah itu mengaburkan mataku. Tiba-tiba sahaja telefonku berdering; sepupu Aimi yang menelefon meminta untuk bercakap dengan Aimi.

“Dik, akak pergi sana kejap. Kat sini bisinglah, tak dengar. Tolong tengokkan beg akak, ya?” kata Aimi selamba sambil berjalan pergi.

Tidak tahu jampi apa yang dipakainya, aku membiarkan saja dia berlalu dengan telefon bimbitku sekali. Tambahan pula, dia meninggalkan begnya denganku, jadi aku tidak mengesyaki apa-apa walaupun aku berasa tidak sedap hati.

Selepas 10 minit, barulah aku sedar aku telah diperdaya. Walaupun takut-takut, aku buka beg milik Aimi untuk melihat apa isinya. Alangkah terkejutnya aku apabila mendapati hanya sebuah jaket lusuh dan botol air mineral yang tinggal separuh diisi ke dalam beg supaya kelihatan kembung!

Aku terus berlari ke pondok polis Puduraya setelah usaha mencari penyangak itu gagal. Pada masa itu, ada 4 orang anggota polis yang sedang bersuka ria bergelak ketawa di dalam pondok. Apabila aku memberitahu yang telefon bimbitku dicuri, tahu apa kata anggota polis itu?

“Perempuan mengandung yang nak pergi Melaka ke? Hmm, dah ramai orang kena. Takkan dapat balik dah handphone awak tu.”

Uwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!

So, berhati-hatilah nanti, ya!

2 comments

  1. Tu la pasal. Saya persoalkan juga hal ni kepada anggota polis tersebut. Nak tahu apa katanya?

    “Susahlah! Susahlah! Kita orang tak boleh nak kawal satu puduraya ni.”

    Macamlah Puduraya tu besar sangat!


  2. hmm…berhati2 di puduraya…



Tinggalkan Komen