
YaNg CoMeL, YaNg MaNja
April 3, 2008Salam semua!
Ramai di antara rakyat Malaysia yang memelihara kucing, arnab, dan hamster. Tetapi, berapa ramai yang memelihara arkus?
Mungkin ada yang tertanya-tanya, apa itu arkus? Arnab? Tikus? Atau kedua-duanya? Ramai juga yang beranggapan arkus itu hamster yang bersaiz besar.
Sebenarnya arkus, atau dalam bahasa Inggeris dipanggil guinea pig adalah sejenis haiwan yang menyerupai arnab, tetapi telinganya tidak panjang. Saiz badannya pula lebih besar daripada hamster, tetapi kecil sedikit berbanding arnab.
Sifat semulajadi arkus pula agak penakut tetapi akan menjadi sangat manja apabila sudah mengenali pemiliknya. Arkus harus diberi perhatian yang secukupnya supaya ia tidak berasa sunyi atau rasa dipinggirkan. Ini kerana arkus adalah haiwan yang sangat sensitif dan mudah tertekan.
Dahulu, arkus boleh didapati hidup liar di kawasan hutan di Amerika Selatan. Tetapi kini, ia langsung tidak boleh dijumpai di habitatnya yang sebenar, tetapi hanya di kedai-kedai menjual binatang peliharaan. Ini kerana arkus dijadikan hidangan istimewa di Amerika Selatan, terutamanya di Peru.
Jangka hayat arkus dikatakan boleh mencecah sehingga 4 ke 5 tahun, bergantung kepada cara penjagaan. Arkus hanya memakan pelet khas, juga sayur-sayuran dan buah-buahan. Tetapi tidak semua sayur-sayuran itu baik untuk arkus. Ada juga yang beracun seperti salad dan ubi kentang. Selain itu, terdapat juga snek atau treat untuk arkus dijual di pasaran.
Saya sendiri memelihara arkus. Pada mulanya saya memiliki sepasang, iaitu Hamlet (jantan) dan Hamtaro (betina). Pada 7 Januari lepas, Hamtaro selamat melahirkan seekor anak yang diberi nama Muffin.

Tempoh kehamilan bagi arkus agak lama. Semakin lama tempoh kehamilan, semakin kecil jumlah kelahiran. Tempoh penyusuan pula hanya 2 minggu. Uniknya, anak arkus sudah cukup sifat dan matanya terbuka serta sudah mampu memakan makanan pejal selepas beberapa jam dilahirkan.

Hamtaro telah meninggalkan Hamlet dan anaknya, Muffin pada 10 Mac lalu, setelah mengalami komplikasi pada bahagian peranakan. Sedihnya saya hanya Allah saja yang tahu. Malangnya, doktor-doktor veterinar di Malaysia kurang arif mengenai arkus. Mungkin juga kerana bilangan pemilik arkus juga kurang berbanding haiwan-haiwan lain.
Walaubagaimanapun, arkus boleh dijadikan teman yang paling ideal. Harga seekor arkus adalah di antara RM15-RM35, dan ada juga yang mencecah ke ratusan ringgit bergantung pada baka.





hey there,
doang berbau tak?
mcm best je tengok dorang!
Hani El Zahra – Memang best pun…Tak bau laa…kalau bagi mandi & sentiasa tukar habuk kayu..tak jadi masalah…
hei,comel awak punyer guinea pig. saya pun punyai koleksi guinea mcm awak..tetapi baka yang berbeza..hm,dgn adany website mcm nie saya dapat tau macamana nak menaga guinea kesayangan saya.ia baru berusia 3 bulan. tapi terlalu kuat makan.. adakah kebiasaan guinea pada usia ini makan terlalu kerap.saya risau takut ia beri kesan pada tubuhnys..
Saya nk tahu, adakah anda menjual arkus? dahulu saya pernah membela arkus. saya beli arkus seekor tetapi mati kerana salah makan dan arkus saya cukup manja. kemudian saya ada beli semula arkus mati juga kerana kucing terkam ketika saya lepas untuk bermain2 dengan dia. setelah itu saya ingin membeli semula tetapi sudah tidak dijual di kedai haiwan di tempat saya. sebab itu la saya tanya anda kerana saya berminat sangat dengan arkus.